in

[UPDATE] Hasil Kerangan Di Selat Melaka Selamat Dimakan – Jabatan Perikanan Msia

[UPDATE] Hasil Kerangan Di Selat Melaka Selamat Dimakan – Jabatan Perikanan Msia

Berikutan sebuah kenyataan berkaitan risiko pencemaran logam berat dalam hasil kerangan di Selat Melaka oleh para pengkaji Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang tular baru-baru ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengeluarkan kenyataan bahawa hasil kerangan di kawasan tersebut sebenarnya selamat dimakan.

Tiada Kes Pelanggaran Bacaan Bagi Parameter Logam Berat

Menurut kenyataan media bertarikh 9 April tersebut, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memaklumkan bahawa mereka telah melaksanakan pemantauan keselamatan kerang-kerangan di Malaysia sejak tahun 2013 lagi.

Berdasarkan sampel terkini pada tahun 2018, tiada kes pelanggaran bacaan bagi parameter logam berat yang dicatatkan berdasarkan kepada piawaian di bawah Akta Makanan 1983 di negeri Melaka, Johor dan Pulau Pinang seperti yang dihebahkan oleh  media.

[UPDATE] Hasil Kerangan Di Selat Melaka Selamat Dimakan – Jabatan Perikanan Msia 1

pencemaran selat melaka

Hanya Kadmium Dikesan Di Sungai Besar, Selangor

Namun begitu, dalam kenyataan tersebut DOF turut memaklumkan bahawa terdapat pelanggaran bacaan bagi parameter Kadmium di Sungai Besar, Selangor pada akhir tahun lalu.

Dalam kes seperti ini, hebahan kepada penduduk setempat telah dibuat dan DOF akan menjalankan SOP dan pemantauan berterusan bagi kes tersebut.

[UPDATE] Hasil Kerangan Di Selat Melaka Selamat Dimakan – Jabatan Perikanan Msia 2

Pengkaji UMT Nafikan Kenyataan

Sementara itu, Prof Madya Dr Ong Meng Chan yang dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut menafikan amaran sedemikian kepada rakyat Malaysia. Malah, beliau sendiri terkejut selepas membaca berita pada hari Isnin bahawa kerang dari beberapa bahagian di Selat Melaka tidak selamat untuk dimakan.

Beliau juga mengakui bahawa telah dibanjiri dengan permintaan untuk temubual bagi menjelaskan perkara itu secara terperinci.

“Saya tidak mengeluarkan amaran dan artikel itu tidak berkaitan dengan pengumpulan sampel yang kami jalankan ke LIMA 2019 kerana kami masih belum memproses sampel yang kami perolehi,” katanya dalam laporan oleh News Straits Times.

*Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), News Straits Times 

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menurut Kajian Jepun, Makan Lebih Nasi Boleh Elak Obesiti

Menurut Kajian Jepun, Makan Lebih Nasi Boleh Elak Obesiti

Tak Sampai RM300 Untuk 3 Minggu, Ini Cara Mudah Simpan Stok Lauk Mentah

Tak Sampai RM300 Untuk 3 Minggu, Ini Cara Mudah Simpan Stok Lauk Mentah