in

Warga emas mati ketika menonton filem Annabelle

Warga emas mati ketika menonton filem Annabelle

SUDAH menonton filem terbaru Annabelle Comes Home?

Jika sudah, pastinya anda telah ‘dihidangkan’ dengan pelbagai aksi seram dan kejutan dalam filem terbabit.

Tidak dinafikan elemen kejutan babak demi babak dalam filem terbaharu Annabelle ini agak menjadi.

Namun, tahukah anda terdapat seorang warga emas Britain meninggal dunia dalam sebuah panggung wayang di Thailand ketika menonton filem berkenaan?

Menurut laporan Sinar Harian, individu terbabit merupakan pelancong berusia 77 tahun dan sedang bercuti di Pattaya, Thailand.

Sejurus tayangan tamat dan lampu dinyalakan, seorang penonton yang duduk di sebelah warga emas terbabit menyedari mangsa telah pengsan.

Situasi di pawagam kemudian bertukar kecoh apabila ramai yang panik dengan kejadian terbabit.

Polis kemudian mengesahkan warga emas berkenaan telah meninggal dunia pada pukul 9 malam.

Sehingga kini masih tiada penjelasan lanjut tentang rekod kesihatan pelancong berkenaan.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siap sedia untuk layan perasaan, Dilan 1991 bakal ditayangkan 11 Julai ini

Siap sedia untuk layan perasaan, Dilan 1991 bakal ditayangkan 11 Julai ini

Ambil alih 4 lebuh raya, pembayar cukai jimat RM5.3 bilion - Guan Eng

Ambil alih 4 lebuh raya, pembayar cukai jimat RM5.3 bilion – Guan Eng