in

We Are Here: Monsta X gegar Stadium Malawati sempena konsert jelajah

We Are Here: Monsta X gegar Stadium Malawati sempena konsert jelajah
SHAH ALAM: Kumpulan K-pop, Monsta X berjaya menawan hati peminat Malaysia sekali lagi dengan persembahan yang penuh bertenaga di Stadium Malawati di Shah Alam pada Sabtu.

Kumpulan Korea Selatan popular itu yang sebelum ini di Malaysia untuk menjayakan festival muzik K-Wave ketiga pada Ogos tahun lepas, kini kembali sempena konsert jelajah 2019 mereka berjudul ‘We Are Here’.

Walaupun konsert dijadualkan bermula pada 6 petang, namun ada peminat yang hadir di stadium seawal 8 pagi.

Lagu yang membuka tirai konsert tersebut, ‘Shoot Out’ menaikkan mood peminat-peminat Monsta X, yang dipanggil Monbebe, dengan melodi dan tarian mereka yang begitu bertenaga.

Kumpulan yang terdiri daripada tujuh ahli itu memberi persembahan yang hangat dengan tarian mereka bagi lagu-lagu hit seperti ‘Hero’, ‘Trespass’, dan ‘Dramarama’.

Untuk persembahan terakhir, mereka menyanyikan lagu daripada video muzik mereka yang terbaru, ‘Alligator’, yang mempunyai 26 juta tontonan di Youtube.

Namun apabila lampu dimalapkan dan Monsta X beredar dari pentas, sorakan ‘Encore’ kuat dilaung oleh Monbebe yang kelihatan masih teruja dan bersemangat untuk melihat idola-idola mereka beraksi.

Tidak lama kemudian, seorang ahli Monsta X, Hyungwon muncul kembali untuk mainkan beberapa lagu ‘remix’ sebagai identiti keduanya, DJ H.One. Ahli-ahli lain turut menyertainya ke atas pentas dan menyampaikan dua lagi lagu.

“Baiklah, ini betul-betul lagu terakhir kita,” kata ketua kumpulan tersebut, Shownu sebelum mereka menyanyikan lagu encore terakhir, ‘By My Side’.

Monsta X terdiri daripada tujuh ahli iaitu Shownu, Wonho, Kihyun, Hyunwon, Jooheon, Minhyuk dan I.M., namun Wonho telah mengalami isu dengan passport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terpaksa dikecualikan daripada persembahan di stadium berkenaan.

BACA: MONSTA X, Wonho tidak dapat beraksi pada konsert jelajah dunia di Malaysia

Walaupun berita tentang isu tersebut diketahui Monbebe hanya beberapa jam sebelum konsert bermula, peminat-peminat kumpulan itu memahami keadaan Wonho dan sokongan yang diberi kumpulan kegemaran mereka pada sabtu tetap begitu meriah.

Monsta X  kembali ke pentas untuk mempersembahkan dua lagu encore, 'Rodeo' dan 'By My Side'.

Sebelum melabuhkan tirai konsert tersebut, ahli-ahli Monsta X meminta maaf atas ketiadaan Wonho pada malam itu dan berjanji akan kembali ke Malaysia sebagai satu kumpulan yang lengkap.

“Kami janji akan kembali ke Malaysia sebagai tujuh ahli (bersama Wonho),” kata salah satu ahli kumpulan itu, Kihyun.

Konsert mereka kali ini sempena jelajah mereka yang bertema ‘We Are Here’ yang melibatkan sembilan lokasi lain termasuk Bangkok, Seoul, Melbourne dan London.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa ambil alih konsesi tol hampir tamat tempoh, soal senator

Kenapa ambil alih konsesi tol hampir tamat tempoh, soal senator

'Sumpah saya tak ingat' - Radhi OAG diminta buat sumpah nafi lafaz cerai kepada isteri

‘Sumpah saya tak ingat’ – Radhi OAG diminta buat sumpah nafi lafaz cerai kepada isteri