in

Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel

Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel
KUALA LUMPUR: Pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa syukur apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 27 dan beberapa sukarelawan lain termasuk rakan-rakan artis seperti Heliza dan Hazwani Helmi yang terkandas di pintu Rafah, Mesir malam tadi bukanlah kerana ditahan oleh tentera Israel.

Sebaliknya, delegasi yang menyertai misi kemanusiaan #WakeUpForGaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu rakyat Palestin itu ditahan oleh tentera Mesir.

Yatt menyampaikan berita ini menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.

“Semalaman tak boleh tidur. Solat hajat dan doa jadi peneman. Dalam jam 2 pagi, baru suami dapat hubungi dan maklumkan yang mereka semua selamat.

“Mereka bukan ditahan Israel tetapi tentera Mesir. Allahuakbar Alhamdulillah syukur Ya Allah, Kau dengar doa-doa kami. Terima kasih atas doa-doa kalian semua. Barulah hati Bonda ini sedikit tenang dan lega. Alhamdulillah.

“Rupanya kami dapat maklumat yang salah malam tadi… Namun tetap tiada jaminan bila mereka boleh keluar dari pintu Rafah Mesir itu kerana sikap tentera / polis Mesir lebih kurang sahaja dengan Israel.

“Mereka terkandas berjam-jam semalam dan diarah masuk semula ke dalam Gaza dan bermalam di sana sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini,” kata Yatt.

BACA: “Ditengking, dihalau pihak berkuasa…” Heliza cerita pengalaman terkandas di Gaza

Tambah wanita itu, sebab sebenar kenapa mereka ditahan masih lagi menjadi persoalan.

“Sebab kenapa mereka ditahan, terkandas dan diarah masuk semula ke dalam Gaza? Masih menjadi tanda tanya dan kita sama-sama tunggu update berita terkini dari mereka. Sementara itu mohon semua teruskan berdoa agar mereka selamat keluar dari Gaza melepasi pintu sempadan Rafah dan terus pulang ke Malaysia ke pangkuan keluarga masing-masing.. Aameen Ya Rabb.

“Take care suamiku @zulfadhli_khiruddin, Dr @saniarabyalkahery, Mejar @zulhanisz77, sahabat tersayang @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan anggota delegasi misi #WakeUpForGaza yang lain. Allah sentiasa bersama kalian Insya-Allah.. Saya dan semua tak berhenti mendoakan kalian,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Yatt meluahkan rasa sedih dan risau apabila suaminya yang merupakan Pengarah Media MAPIM bersama rombongan terkandas selepas ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

AirAsia akan kemuka rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi

AirAsia akan kemuka rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi

Anak Sarawak bangunkan aplikasi khusus beli barangan basah

Anak Sarawak bangunkan aplikasi khusus beli barangan basah